Buku Mini
Bijak Merancang Wang
Material : Saiz A5, paper 100gsm, full color, 16pgs
Buku Mini Bijak Merancang Wang atau #BukuMiniBMW adalah ringkasan dari buku Bijak Merancang Wang #BukuBMW yang berkonsepkan infografik yang dimulai dengan pembentukan mindset kewangan yang betul dan kemudian diikuti dengan profil kewangan dari mula mendapat gaji, mengumpul harta, menguruskan hutang, membuat simpanan, melanggan takaful, merancang persaraan, membayar zakat sehinggalah kepada pengurusan wasiat dan pusaka.
Modul yang ada pada Buku Mini Bijak Merancang Wang telah ini dibangunkan sejak lebih 10 tahun dan dipersembahkan kepada ribuan peserta melalui siri-siri ceramah, program, bengkel dan Seminar Bijak Merancang Wang #SeminarBMW di seluruh negara, ia turut digunakan oleh para konsultan kewangan di INFAQ Consultancy untuk membantu pelanggan.
Buku Mini BMW ini adalah cetakan pertama. Ia boleh diperolehi secara fizikal dan juga digital. InsyaAllah akan menyusul cetakan ke-2 dan seterusnya
Sekiranya tiada paparan borang di atas sila klik link ini
DISCLAIMER: Tulisan dalam Buku Mini Bijak Merancang Wang ini bukanlah khidmat nasihat kewangan. Pelanggan digalakkan dan dinasihatkan mendapatkan khidmat nasihat daripada perunding kewangan bertauliah untuk mendapatkan khidmat nasihat secara khusus yang bersesuaian dengan kedudukan kewangan pembaca.
Pihak penulis dan penerbit sedaya upaya memastikan maklumat di dalam buku ini bertepatan ketika ia ditulis, dirakam dan diterbitkan. Penulis dan penerbit tidak boleh dianggap memberi perkhidmatan nasihat kewangan kepada pelanggan. Pelanggan digalakkan mendapat khidmat nasihat daripada pakar yang berkelayakan dan kami tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian yang timbul akibat penggunaan e-learning ini secara langsung atau tidak langsung.